Selasa, 11 Februari 2014

Browse » home» » » » » » Bantuan Taufan Haiyan Lambat Tiba

Bantuan Taufan Haiyan Lambat Tiba


TACLOBAN,Filipina – Taufan Haiyan yang membadai Filipina kelmarin telah mendapat perhatian dan simpati daripada penderma di serata dunia,dan badan-badan kebajikan telah berjanji untuk membawa masuk bantuan secepat mungkin.

Namun,mangsa ribut di bandar Tacloban terpaksa menunggu lebih lama untuk bekalan bantuan mereka tiba.


Antara bantuan yang dinantikan mangsa taufan dahsyat itu adalah bekalan perubatan,air bersih dan makanan.
Dalam menanti bantuan,mangsa meneruskan hidup dengan menyelongkar runtuhan dan timbunan sampah sarap untuk mendapatkan sisa makanan dan air bersih sambil mencari anggota keluarga dan sanak-saudara yang hilang.

Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia tahun ini dilaporkan telah meragut lebih 10,000 nyawa di wilayah-wilayah bandar Tacloban.

Menurut laporan itu lagi,pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus dalam usaha menyelamatkan mangsa-mangsa taufan itu.Bilangan yang terkorban dipercayai akan terus meningkat jika bantuan bekalan makanan masih lambat tiba.

Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam (km/j) itu turut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak hari pertama iaitu pada Jumaat lalu

Susulan daripada bencana alam paling buruk itu, beribu-ribu mangsa Taufan Haiyan menderita letih dan kelaparan selain kehilangan tempat tinggal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar